Saturday, November 21, 2009

BENGKEL ICT : Pertandingan Mencipta DST

Pertandingan Mencipta Video/DST (Digital Story Telling)

Tarikh : 21.11.09 (Sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Penawar

~ Berikut adalah pemenang bagi DST. Saksikan :-~




Pemenang Pertama:
Md Asnor bin Md Rahani

~ Penceritaan mengenai tanaman cili, terung dan tomato hasil pertanian yang dijalankan oleh beliau selepas menduduki peperiksaan SPM. Ternyata penat lelah beliau telah terbayar dengan keuntungan hasil tanamannya. Tahniah! dan semoga beliau berjaya menjadi contoh kepada belia-belia yang lain. Semoga terus berjaya! ~



Pemenang Kedua:
Rosminah bt Jasmin

~ Kisah sedikit sebanyak mengenai Bandar Penawar, keistimewaan dan keunikan yang terdapat di Bandar Penawar ini. Selain sebagai pusat pelancongan, kini Bandar Penawar semakin pesat membangun dan menjadi sebuah bandar pendidikan di daerah Pengerang yang menempatkan Sekolah Sukan Johor, Kolej Komuniti, Kolej Profesional Mara, Kolej Instedt dan akan datang akan dibina UTM Cawangan Bandar Penawar. Semoga komuniti di Bandar Penawar dan sekitarnya dapat menikmati kemajuan pembangunan ini. ~



Pemenang Ketiga :
Nur Sazella bt Sajali

~ Kisah di atas berkaitan dengan matlamat negara Malaysia, menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai destinasi tumpuan pelawat luar dan dalam negara. Nikmatilah keindahan ciptaan tuhan di Malaysia dan di Desaru Johor sebelum anda melangkah keluar menikmati keindahan di luar Malaysia. Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik Lagi Negara Sendiri! ~

0 comments:

Post a Comment