Saturday, August 7, 2010

KEMBALI LAGI!!! KARNIVAL USAHAWAN & ICT 2010

Bertempat di Hotel De Palma Ampang telah berlangsung program Bengkel Latihan Jurulatih sempena Karnival Usahawan & ICT 2010 yang telah berlangsung bagi fasa ke - 2.

Seramai lebih 33 wakil 12 telecenter semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian. Program ini adalah kesinambungan dari Karnival Usahawan & ICT 2009 anjuran MSC Malaysia.
Bengkel Latihan Jurulatih diadakan bertujuan untuk memberi latihan dan praktikal kepada peserta Karnival Usahawan & ICT 2010 supaya dapat melaksanakan Karnival yang telah direncanakan dengan lebih berjaya.
Semoga 6 telecenter yang bertanding pada tahun ini akan terus berjaya dan mempunyai daya saing yang tinggi.