Sunday, November 1, 2009

PENGENALAN PID BANDAR PENAWAR

*Selamat Datang*



Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar telah ditubuhkan pada 3 November 2003 di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) yang telah ditukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia (KPKK). Sehingga kini terdapat 42 PID di seluruh negara yang dilengkapi dengan peralatan komputer, talian internet, mesin pencetak, mesin pengimbas dan lain-lain keperluan ICT.

PID diwujudkan untuk merapatkan jurang digital diantara penduduk bandar dan luar bandar dan diselia oleh seorang Pengurus (Pegawai Tadbir N41) dan Penolong Pengurus (Penolong Pegawai Tadbir N27) yang dilantik oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) merangkap sebagai tenaga pengajar untuk memberikan latihan asas komputer kepada komuniti disamping menjadi agen perubah kepada komuniti terutama dalam bidang
keusahawanan sebagai cabang sumber pendapatan dan menyahut cabaran negara Malaysia dalam bidang keusahawanan.

Galeri-galeri PID Bandar Penawar~


Award Anugerah ICT- Telecenter terbaik



Anugerah ICT - Telecenter Terbaik



1 keluarga celik IT- Keluarga En Azizan, isteri Pn Rosnah & anaknya Mohd Rizqan bersama En Nami dari KPKK
Berbaju hitam pelajar PID iaitu Midar bin Jumilah warga indonesia yang bekerja di Malaysia


Pengguna di PID - pelajar kolej

*Terima Kasih atas sokongan semua pihak*

0 comments:

Post a Comment